- Friends

Selasa, 11 Ogos 2015

Universiti Utara Malaysia ?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah. Setelah menunggu berbulan-bulan keputusan universiti. Akhirnya, penantian tersebut membuahkan hasil. Bita diterima masuk ke Universiti Utara Malaysia, Kedah. Dalam jurusan, sarjana muda pengurusan perlancongan. 

Sebenarnya, bita memang dah target dapat uum. Hal ini demikian kerana, bita dapat panggilan temuduga pada bulan 5 yang lepas pun dekat uum. Nak buat macam mana, rezeki Allah beri. Allah memberi ku jalan untuk menyambung pengajian ku ke utara tanah air. Wah. Lepas ini, bita boleh tambah kenalan orang-orang utara. Nampak bita dekat Kedah nanti, tegur-tegur lah ye. 

Perasaan bita? Gementar, teruja, gelabah dan sedih. Hal ini demikian kerana, bita akan berjauhan dengan keluarga tercinta dan merasai pengalaman baru di dalam kehidupan yang sudah berumur 20 tahun ini serta bermulanya episod berdikari. Pelbagai perkara bita kena uruskan sebelum 1 September 2015. Diharapkan segalanya dipermudahkan. Amin. 

Akhir kata, bita nak ucapkan jutaan tahniah kepada rakan-rakan pra-u 13/14 Datuk Menteri yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Kepada rakan-rakan yang tidak berjaya. Jangan putus asa. Buat rayuan dan berdoa. Yakin atas rezeki yang ALLAH akan berikan dan aturkan. 

Wassalam.

Tiada ulasan: