Assalamualaikum dan salam sejatera.
Kekok rasanya, bila menaip semula di blog ini. Sudah lama Bita menyepikan diri. Tup tup tup, Bita sudah menjangkau usia 20 tahun dan tamat pembelajaran di Form 6. In sha Allah, jika ada kelapangan Bita akan mulai aktif di dunia blog semula.
Apabila usia sudah mengjangkau 20 tahun, Bita mulai rasa dunia akan mencabar kewibawaan Bita. Hal ini demikian kerana, Bita akan berjauhan dengan family bila sambung belajar nanti dan berjuang di dunia luar yang penuh dengan cabaran dan pancaroba.
Buat masa sekarang, Bita bekerja part time dekat BhPetrol sementara tunggu panggilan universiti. Melalui pekerjaan ini, Bita jumpa pelbagai jenis manusia yang mempunyai banyak ragam. Secara tidak langsung, pekerjaan yang Bita lakukan telah mengajar Bita untuk menjadi seorang yang amanah dan sabar. Kalau tak sabar, confirmlah customer yang perangai like a devil kena maki dengan Bita. Sabarkan hati, banyakkan istighfar.
Tingkatan 6?
Alhamdulillah, result melepasi 3 pointer. Tapi not the best lah. Ramai lagi, yang terbaik daripada Bita. Dekat Tingkatan 6, merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Pengalaman yang tidak akan Bita lupakan. Suka dan duka di Tingkatan 6, menjadikan Bita seorang yang matang dan berkeyakinan.
For all student yang lepasan SPM, kalau rasa nak masuk Tingkatan 6, sangat-sangat digalakkan. Tak payah nak rasa segan dengan kawan-kawan yang masuk Universiti sambung diploma. Sama sahaja, just bezanya sambung degree dulu sebelum kawan-kawan yang sambung diploma tetapi dengan syarat melepasi 2.80 lah pointer. Tingkatan 6, walaupun belajar dalam suasana sekolah tetapi pembelajar dan subjek semuanya cara Universiti. Bajet pembelajaran pun kurang tau. Itu, Bita tak tipu. Jangan risau, Tingkatan 6 adalah pilihan yang baik.
Sebab?
Belajar di mana pun, kalau hati tak nak belajar. Tidak kemana pun, masih lagi ditakuk lama. Jadi, betulkan hati dan niat untuk belajar. In sha Allah, belajar dekat mana-mana pun pasti akan berjaya.
Apabila usia sudah mengjangkau 20 tahun ini, teringin nak menjadi usia belasan tahun balik. Agak-agak boleh ke tidak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan