- Friends

Ahad, 7 Julai 2013

Tingkatan 6 adalah pilihan saya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rasanya dah lama saya tak terbitkan catatan baru dalam blog ini. Nak buat macam mana, sejak dah sekolah ini. Banyak benda nak buat. Jadi, saya hanya akan terbitkan catatan baru bila saya ada waktu senggang sahaja.

Catatan sebelum ini, saya ada mengatakan bahawa saya keliru sama ada nak pilih tingkatan 6 atau politeknik kan. Alhamdulillah, akhirnya saya dah dapat buat keputusan. Bahawa saya memilih untuk teruskan pelajaran di tingkatan 6.

Bukan disebabkan ikut kata orang, tapi disebabkan bantuan Allah. Allah telah memberi petunjuk kepada saya. Politeknik, maafkan saya ya. Saya bukan tak nak tapi Allah dah aturkan segalanya untukku. Terima kasih ya Allah.

Wassalam.