- Friends

Jumaat, 3 Jun 2016

Universiti.

Assalamualaikum wbt.
Sering kali menyepikan diri dari dunia blogger. Baru sekarang mempunyai kesempatan untuk berkongsi cerita. Kenapa baru sekarang? Jawapannya tiada. Aku sekarang masih lagi di Universiti Utara Malaysia. Menjalani kehidupan yang tiada penghujung melainkan mati. 

Kehidupan di universiti sememangnya seindah bicara manusia namun pahit dan getir senantiasa menemani. Tak percaya? Rasainya sendiri. Namun, aku pasti. Ini baru fasa pertama kehidupan. Banyak lagi, fasa yang perlu ditempuhi. Sememangnya, mencabar dan penuh onak duri. 

Di universiti, aku belajar dan melihat pelbagai jenis manusia. Antaranya, assignment group. Haish. Ini paling semak dan banyak menyakitkan hati. Kadang-kadang jumpa manusia yang pandai tapi hasilnya sampah. Kadang-kadang, jurang junior dan senior. Dan paling tragis, manusia yang paling pemalas dan bodoh sombong. Selain itu, pointer. Kenapa aku sebut tentang ini? Semua manusia dekat universiti ini kejar pointer termasuklah diri yang menaip ini. Tapi, selalu terfikir kenapa perlu kejar pointer yang tinggi? Sebab nak hidup yang lebih baik? Nak kerja yang bagus? Nak membangga diri? Nak kan kepuasan diri? Semua itu, mempunyai jawapan yang pelbagai. Yang pasti, rezeki dari Allah yang menentukan semuanya bukan pointer. 

Walau bagaimana pun, universiti adalah fasa yang perlu aku lalui dan alami. Aku perlu matang, menghadapi semua ini. Paling penting dekat universiti ini, pilih lah rakan yang boleh sesama susah dan senang, ingatkan study dan ingatkan kita kepada Allah. Rakan adalah moment yang terindah di universiti. 

#ROADTOFINAL 

Wassalam. 

Tiada ulasan: